
Kek Lapis Fantasia - percubaan kedua
KEK LAPIS FANTASIA
Sumber: Surayah (terimakasih atas tunjuk ajar)
Bahan-Bahan
12 biji kuning telur
5 biji putih telur
300 gm gula halus (saya guna 250gm sahaja)
150gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
250 gm mentega
8 sudu besar susu pekat (saya guna 100gm sahaja)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna kuning, hijau, coklat rice dan buahan campuran
Cara membuatnya:(cara yang dibuat saya hehehe...cara sebenar akan saya taip kemudian)
Masukkan kesemua bahan dalam mixer, putar hingga kembang . Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan satu bahagian diletakkan pewarna kuning (agakkan untuk 3 lapisan sahaja) dan dicampurkan dengan buahan-buahan campuran. 1 bahagian lagi pewarna hijau dan diletakkan coklat rice. Seteruskan dibakar selapis2 mengikut kreativiti masing-masing. Lapisan pertama api atas bawah, lapisan berikutkan api atas sahaja.


Step By Step - Kek Lapis India
(Gambar diedit oleh Hasfazilah Ahmat)
Percubaan Kedua (lapisan akhir terlebih garing la pulakk..hahahha)
Kek Lapis India
Sumber : Blog Rozzan
Bahan-Bahan
16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi)
300 gm gula (saya guna 150gm sahaja)
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (5ogm) -optional
397 gm susu manis (saya guna 1/4 tin sahaja)
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.
Nota:
1) Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
2) Susu dan gula boleh dikurangkan jika anda tidak gemar terlalu manis.
3) Gunakan acuan saiz 9" x 9" jika anda tidak suka kek yg terlalu tinggi. (saya guna acuan 8" x 8")
4) Saya selalu kisar gula pasir biasa untuk buat kek, jarang guna gula kat bakery shop.