Showing posts with label Aneka Sup. Show all posts
Showing posts with label Aneka Sup. Show all posts

Thursday, October 15, 2009

Menu 151009: Ikan Pekasam, Sup Bebola Daging

15-10-09: Makan malam udang raja kari semalam, ditambah dengan sup bebola daging dan ikan pekasam..selamat menjamu mata..


Monday, January 12, 2009

Sup Ekor Chef Wan

Selamat menjamu mata..




SUP EKOR LEMBU CHEF WAN
Sumber: Buku Sedapnyaaa.... Hidangan Kegemaran Chef Wan

Bahan-Bahan
125ml/1/2 cawan minyak sayuran
500gm ekor lembu, dibersihkan dan dipotong2
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih serbuk
1 sudu besar jintan manis serbuk
1 ½ sudu besar tomato puri
1.5 liter/6 cawan air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
Daun ketumbar, dihiris-hiris
Bawang goreng

Rempah Tumis
4 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus-Halus
10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1 cm halia, dikupas

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan tuskan.
2. Di dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goring hingga naik baunya.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis serbuk dan kacau atas api kecik selama 3-2 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah arid an renihkan.
5. Tambahkan lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goring sejurus sebelum menghidang.

Catatan: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dengan menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1 liter/4 cawan sahaja.

Wednesday, October 22, 2008

Sup Kentang Dan Fishball

Ikan sambal kicap tu ada lagi..so semalam sebagai tambahan..masakkan sup kentang dan fishball ni...tengah berasap ni tau..hehehehe



Sup Kentang Dan Fishball

Bahan-Bahan

12 ketul fishball [nota :ni beli kat Azzain- fishball pedas (tak le pedas pun)]
3 bijik kentang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 sudu makan rempah sup (saya guna rempah sup faiza)
1 liter air
2 sudu makan minyak (saya guna minyak carotino - sbb tu kaler merah)
5 biji cili api
1/2 biji perahan lemon (ikut kemasaman yang dikehendaki)
Garam secukup rasa
Daun Bawang dan Daun Sup

Cara Memasaknya:
Tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau dan masukkan rempah sup beserta sedikit air. Masak sehingga garing/naik minyak.Masukkan air biarkan mendidih. Setelah itu masukkan kentang, fishball, cili api, perahan lemon dan garam.Biarkan mendidih. Taburkan daun bawang dan daun sup.Siap untuk dihidangkan.

Monday, September 15, 2008

Sup Cendawan

Ni yang dimasak untuk iftar pada 15-09-08



Sup Cendawan
Sumber : Fizah
Bahan-Bahan

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 biji cili api (dihiris)
2 peket cendawan tiram
5 ekor udang
Air
Perahan Lemon (optional)

Cara Memasak
Tumis bawang dan cili api sampai naik bau, masukkan udang, masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih, masukkan cendawan dan perahkan lemon, biar sampai mendidih.