Showing posts with label Celoteh.... Show all posts
Showing posts with label Celoteh.... Show all posts

Saturday, July 4, 2015

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.. Selamat Berpuasa semua.. Lama betul tak menjenguk dan update blog ni.... diam tak diam dah setahun lebih ya..hehhe...

Wednesday, March 19, 2014

Selamat Kembali...

Catatan 200314: Alhamdulillah Allah memberi kesempatan untuk terus menghirup udara di bumi Allah ni...dah lama tak menjengah ke blog ni...dengan post terakhir pada 7 Dis 2011 ... bukan saja bersawang malah rasanya telah jadi rumah berhantu agaknya..HAHAHAHA...usia makin meniti hari..sepanjang tempoh menyepi ni juga ramai sanak saudara, saudara mara, kenalan2 yang telah pergi menyahut pangilah Ilahi...tidak kurang juga momen2 yang mengembirakan dipertemukan kembali dengan guru2, sahabat2 sekolah menengah yang lebih kurang 30 tahun tidak berjumpa. perkembangan teknologi masa kini dapat mentautkan kembali silaturrahim..Alhamdulillah. Adalah menjadi harapan agar kemudahan yang ada sekarang dan kian berkembang ini dapat digunakan kearah kebaikan dan bukannya sebaliknya... Panjang pulak celoteh kali ni ya...cukup la ya...

Wednesday, October 5, 2011

Lesung Batu

Nampaknya post 'gadjet' baru.. ni ha dia new collection hahaha. sebelum ni bukan tak ada lesung batu tapi saiznya kecil benor..hahaha.. so alang-alang beli yang besar biar yg besar betul kan. lihatlah perbezaan saiz serta ketinggian lesung ni. Hingga ke saat ini belum digunakan lagi lesung ni.

Happy viewing...



Friday, December 31, 2010

Dapur Baru



Alhamdulillah..proses kemas mengemas dah siap. Inilah rupanya dapurku. Tapi memandangkan bizi tahap gaban so aktiviti memasak amat tidak memberansangkan. Harapnya tahun 2011 dapat meluangkan lebih masa untuk memasak..

Wednesday, October 13, 2010

Berselerak................

Salam Semua,

Telah selamat pindah ke rumah baru, kabinet belum dipasang. Aduh berselerak di sana sini naik pening dibuatnya. memasak pun ala kadar je. janji perut di isi. Malam ni plan nak masak sambal tumis telur puyuh...

Friday, May 21, 2010

Apa nak makan ? (3)

mmmmmmmmmm.... apa nak masak ye... mmmmmmm..ari ni abg suggest masak nasik goren sadin je.. so sedang tanak nasik.. lama tak snap gambar masak2 ni... tunggu ye..

Thursday, March 25, 2010

Apa nak makan? (2)

MAAFFF..... apa yang dirancang ternyata tidak menjadi .. pada hari tersebut singgah makan diluar. semalam baru berkesempatan untuk masak.. daging dimasukkan dalam oven..lepas tu mandi dan makan...oppppsss. pagi baru teringat, lupa nak snap gambar.hahaha..tersangat lapar la tu..

Wednesday, March 24, 2010

Apa nak makan?

Beberapa bulan kebelakangan ini, agak berkurangan masa untuk mengganas di dapur...minggu ni entah apa demamnya..shopping sayur dan buah-buahan sampai melimpah2 dari peti sejuk ...dari oren, epel, tembikai susu, tembikai, nangka..iskh byknya...malam ni rancangnya akan grill daging kambing yg telah diperap dan dibekukan entah beberapa minggu yg lepas...dan menu lain adalah nasik goreng..tgk la jadi ke rancangan ni..hehehehe...kalau jadi InsyaAllah akan postkan gambar esok...tungguuuuuuuuuuuuuu...