Tuesday, December 30, 2008

Masak Lemak Ikan Tongkol Dengan Labu

Ini dia hidangan makan malam 30/12/08..idea dari Anis kawan lama...


Masak lemak dipadankan dengan sambai belacan dan ulam tenggek burung


Close up

Masak Lemak Ikan Tongkol Dengan Labu

Bahan-Bahannya:

1 Ekor Ikan Tongkol (atau sebarang ikan)
3 labu bawang besar (saya guna yg bersaiz kecil)
7 biji cili api (terpulang kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 btg serai dititik
1/4 biji labu
Santan (saya gunakan 1 1/2 pek santan RM1)
2 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
Garam

Cara Memasaknya:

1. Blend bawang besar, cili api, serbuk kunyit dan garam.
2. Tuangkan bahan-bahan yang telah diblend ke dlm periuk, masukkan labu yang telah di potong, serai, asam gelugur dan 1/3 ( 1/2 pek) dari santan dan didihkan hingga labu sedikit empuk.
3. Masukkan ikan dan kacau seketika.
4. Masukkan baki santan dan kacau. Pastikan labu empuk sebelum memasukkan baki santan.
5. Sedia untuk dihidangkan

Ayam Bercili

Selamat menjamu mata dahulu..



Ayam Bercili

Bahan-Bahan:

Beberapa ketul ayam
5-6 biji cili merah (boleh ditambah cili api jika hendak pedas)
1-2 sm cili kisar (cili kering)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Garam
Perahan lemon

Cara Memasak:
1. Kisar cili merah, bawang besar, bawang putih (dikisar kasar)
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, masukkan cili kering kisar dan garam
3. Biarkan sehingga agak garing/naik minyak.
4. Masukkan perahan lemon, kacau seketika dan masukkan ayam dan digaul sebati
5. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, December 22, 2008

Nasi Lemak

Ni dia hidangan brunch (breakfast cum lunch) semalam...

Tuesday, December 16, 2008

Nasi Ayam

Dah lama tak update aktiviti masak2 di sini...selamat menjamu mata ye...dipadankan dengan ayam goreng berempah (resipi rujuk label masakan ayam)

Wednesday, November 26, 2008

Meehoon Goreng

Balik kerja semalam..terasa nak makan meehoon goreng..jadi inilah hasilnya...

Tuesday, November 18, 2008

Kenduri

Beberapa hari yang lepas..memang dapur tak berasap..Makan di rumah 2pupu (abg halil n kak solehah)sempena majlis perkahwinan anak lelaki mereka..hari jumaat ke rumahnya hantarkan kek jadi makan malam kat situ.Hari sabtu..kenduri doa selamat dan tahlil..menu kari ikan tenggiri..ulam2 serta ayam goreng..makan bertambah lagi..Hari Ahad..Kenduri.. Isnin..Pengantin plak belanja makan kat Keramat...Wahhhhhhhhh....4 hari berturut-turut makan kat luar....

Wednesday, November 12, 2008

Nasi Beriani

Ini dia hidangan semalam...selamat menjamu mata ye..nasi beriani, daging beriani dan jelatah


Thursday, October 30, 2008

Ayam Oh Ayam

Inilah dia ayam goreng berempah untuk hidangan makan malam..dipadankan dengan sayur kacang buncis serta daging masak kicap..



Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan Perapan

7 Ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
2 Batang Serai
Sedikit Serbuk Jintan Manis
Sedikit Garam
Sedikit Serbuk Kunyit

Cara-Caranya:

Blend kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan ayam. Rebuskan ayam dan bahan-bahan tersebut. Kemudian goreng sehingga garing.

Monday, October 27, 2008

Rendang Ikan Tongkol

Hidangan rendang boleh dipelbagaikan..sebagai contohnya rendang ikan tongkol ni..

Wednesday, October 22, 2008

Sambal Petai Dan Udang

Menu semalam. Masakan kegemaran bapak (almarhum) dan kegemaran ku juga..Layaaaaaaaaaaaannn (special untuk faridah...hehehehe)

Sup Kentang Dan Fishball

Ikan sambal kicap tu ada lagi..so semalam sebagai tambahan..masakkan sup kentang dan fishball ni...tengah berasap ni tau..hehehehe



Sup Kentang Dan Fishball

Bahan-Bahan

12 ketul fishball [nota :ni beli kat Azzain- fishball pedas (tak le pedas pun)]
3 bijik kentang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 sudu makan rempah sup (saya guna rempah sup faiza)
1 liter air
2 sudu makan minyak (saya guna minyak carotino - sbb tu kaler merah)
5 biji cili api
1/2 biji perahan lemon (ikut kemasaman yang dikehendaki)
Garam secukup rasa
Daun Bawang dan Daun Sup

Cara Memasaknya:
Tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau dan masukkan rempah sup beserta sedikit air. Masak sehingga garing/naik minyak.Masukkan air biarkan mendidih. Setelah itu masukkan kentang, fishball, cili api, perahan lemon dan garam.Biarkan mendidih. Taburkan daun bawang dan daun sup.Siap untuk dihidangkan.

Monday, October 20, 2008

Sambal Tumis Kicap Ikan Curut

Ni salah satu masakan kegemaran cik abang, tak sempat nak posing betul2 ikan-ikan tu..apa-apa pun selamat menjamu mata dengan gambar yang tak seberapa ni....

Ikan Bakar Dan Air Asam

Ikan tu tak le bakaq...almalas..hehehe..letak dlm pan aje dgn minyak satu sudu makan...ala-ala ikan bakar jugak la kan...

Tuesday, October 14, 2008

Laksa Johor

Menerima panggilan dari kawan lama semalam yang inginkan resepi laksa johor..resepi ni adalah dari kawan pejabat masa di Shah Alam..terimakasih Fuzah..Fuzah telah menolong memasakkan laksa johor sewaktu majlis berbuka puasa semasa saya tinggal di Bandar Baru Sentul 10 tahun yang lalu..Gambar tidak disertakan lantaran saya sendiri tidak penah memasaknya..akan diusahakan InsyaAllah...

Laksa Johor

Bahan-Bahan

Bahan A - ditumbuk/blend
1 kg ikan kembung - direbus dan ambil isinya
1/2 kg udang basah - dibuang kulit
sedikit udang kering
2 inci ikan kurau kering - dibakar dahulu
1 biji kelapa - ambil santan

Bahan B - ditumbuk/blend
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup
Cili Kering

Bahan C
1 bungkus rempah kari ikan
1 biji kelapa - buatkan kerisik

Hiasan
Daun Kesum
Daun Sadri
Daun Selasih
Timun
Taugeh
Sambal Belacan
Limau Kasturi

Cara Memasaknya:

Tumis bahan A sehingga garing dan kecilkan api kemudian masukkan bahan C dan kacau. Selepas itu masukkan bahan A dan biarkan kuah mendidih perlahan-lahan.

Sedia untuk dihidangkan bersama-sama spageti.

Monday, October 13, 2008

Karot dan Bunga Kobis

Masakan semalam..dipadankan dengan rendang pedas ikan tongkol (lupa nak snap gambar..dah lapar..hehehhehe)..

Sunday, October 12, 2008

Udang Raja Kari

Menu hari sabtu 11 Oktober 2008.. Layan gambar ye....untuk posing 2 ekoq cukup le...


Yum..Yum...


Close-up

UDANG RAJA KARI

Bahan-Bahan

1/2 kg Udang
1 labu Bawang Besar
1 ulas Bawang Putih
3 sm Rempah Raja Kari (Faiza)
1/4 cawan Susu Cair atau santan
Minyak untuk menumis
Garam
Perahan lemon

Cara Memasaknya:
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan serbuk raja kari dan sedikit air..didihkan sehingga garing atau naik minyak. masukkan susu cair dan garam. Masukkan udang dan perahan lemon.Masak sehingga mendapat kekeringan yang diingini.

Wednesday, September 17, 2008

Mee Kari

Balik dari pejabat semalam..lepas solat asar terus berkungfu di dapur..Inilah hasilnya...dengan semangat dan kerajinan yang ada..siap dengan bawang goreng lagi..



Mee Kari

Bahan-Bahan

500 gm Mee kuning
Daun Bawang
Daun Sup
Cili Merah
Bawang Goren
Telur Rebus

Bahan Kuah
3 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
2 Tangkai Daun Kari
1 inci Kulit Kayu Manis
4 sm rempah kari daging
2 Keping Asam Gelugor
1 biji kelapa - untuk santan
1/2 ekor ayam
5 ekor udang
fishball

Cara Memasak Kuah:
Tumis bawang, daun kari dan kulit kayu manis sehingga naik bau. masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. masukkan asam keping, ayam dan kacau seketika. masukkan santan kelapa dan biarkan mendidih. kemudian masukkan bahan2 lain seperti udang, fishball dan lain lain (mengikut minat masing-masing).

Karipap

Kalau kerajinan melanda...ada la kuih muih yg dapat dirasa..


Monday, September 15, 2008

Spagetti

Spagetti ni dimasak pada hari sabtu yang lepas..ada berbaki..buat bersahur 16-9-08
Kali ni tiada cendawan..digantikan dengan kacang peas

Daging Masak Kicap

Dimakan semasa iftar 15-9-08



Daging Masak Kicap
Sumber : Masakan Bonda

Bahan-bahan
1/2 kg Daging
3-4 sm Rempah kari daging/rempah raja kari(nak letak lebih pun tak pa)
Kicap
3 biji Bawang Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Kelengkap Daging
Asam Jawa (ikut kemasaman yg dikehendaki)
Daun Kari
Sedikit Garam (tak masukkan pun tak pe sbb dah ada kicap)
Cili Api

Cara Memasak:

Perap daging bersama rempah kari dan kicap.Tumiskan bawang, halia,kelengkap daging dan daun kari sampai layu...peh tu masukkan daging yang telah diperap tadi dan masukkan sedikit air dan air asam jawa. Biarkan merenih sampai daging empuk dan kering.Boleh diletakkan cili api sebijik2 tanpa dipotong.

Sup Cendawan

Ni yang dimasak untuk iftar pada 15-09-08



Sup Cendawan
Sumber : Fizah
Bahan-Bahan

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 biji cili api (dihiris)
2 peket cendawan tiram
5 ekor udang
Air
Perahan Lemon (optional)

Cara Memasak
Tumis bawang dan cili api sampai naik bau, masukkan udang, masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih, masukkan cendawan dan perahkan lemon, biar sampai mendidih.

Sunday, September 14, 2008

Bihun Sup

Ini adalah hidangan berbuka pada hari jumaat (12 September 2008)..nyum nyum..

Thursday, September 11, 2008

Acar Ikan Tenggiri

Acar Ikan Tenggiri
Sumber : Variasi Masakan Mami-Hjh Fadhilah Hanoum
Resepi dipetik dari : www.resipi.net


Bahan
2 keping ikan tenggiri – gaul ngan kunyit & garam. Goreng jangan terlalu garing.
2 biji bawang besar – dibelah 4
3 biji cili merah – dibelah 2
1½ cwn air
7 sm minyak goreng ikan tadi
1 sm gula
2 st cuka masak

Disangai & ditumbuk halus
½ st jintan manis
½ st jintan putih
2½ sm ketumbar

Garam

Bahan Kisar
10 cili kering
4 biji bwg merah
4 biji bwg putih
Kunyit hidup
Halia

Cara

Satukan bahan kisar dengan ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga sebati. Tumiskan dalam kuali dan goreng agak lama hingga garing.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rempahnya wangi.
Kemudian, masukkan ikan goreng, bawang besar, cili merah, cuka, gula dan garam…kacau rata hingga elok pekatnya…tutup api.

Friday, July 25, 2008

Kek Buah

Sumber : Peti Besi Bonda

Inilah kek buah yang menjadi kegemaran seisi keluarga.. tidak wajarkan kalau saya tidak pandai membuatkan..setiap kali nak buat mesti kena bukak resepi le...hehehe..tapi mak tak perlu nak refer lagi resepi..semua dah disave dlm memori...




Bahan-Bahannya:
8 oz Butter
8 oz Gula
8 oz Tepung Naik Sendiri
4 biji telur
3 sb susu tepung
1 kotak buah campuran (375 gram)
Esen vanilla

Cara Membuatnya:
Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanilla dan susu tepung, kacau lagi..masukkan tepung dan buah campuran.
Bakar pada suhu 250 darjah Celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Tips:
Buahan campuran hendaklah digaul dengan tepung sebelum dimasukkan kedalam adunan

Tuesday, July 22, 2008