Tuesday, December 30, 2008

Masak Lemak Ikan Tongkol Dengan Labu

Ini dia hidangan makan malam 30/12/08..idea dari Anis kawan lama...


Masak lemak dipadankan dengan sambai belacan dan ulam tenggek burung


Close up

Masak Lemak Ikan Tongkol Dengan Labu

Bahan-Bahannya:

1 Ekor Ikan Tongkol (atau sebarang ikan)
3 labu bawang besar (saya guna yg bersaiz kecil)
7 biji cili api (terpulang kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 btg serai dititik
1/4 biji labu
Santan (saya gunakan 1 1/2 pek santan RM1)
2 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
Garam

Cara Memasaknya:

1. Blend bawang besar, cili api, serbuk kunyit dan garam.
2. Tuangkan bahan-bahan yang telah diblend ke dlm periuk, masukkan labu yang telah di potong, serai, asam gelugur dan 1/3 ( 1/2 pek) dari santan dan didihkan hingga labu sedikit empuk.
3. Masukkan ikan dan kacau seketika.
4. Masukkan baki santan dan kacau. Pastikan labu empuk sebelum memasukkan baki santan.
5. Sedia untuk dihidangkan

Ayam Bercili

Selamat menjamu mata dahulu..



Ayam Bercili

Bahan-Bahan:

Beberapa ketul ayam
5-6 biji cili merah (boleh ditambah cili api jika hendak pedas)
1-2 sm cili kisar (cili kering)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Garam
Perahan lemon

Cara Memasak:
1. Kisar cili merah, bawang besar, bawang putih (dikisar kasar)
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, masukkan cili kering kisar dan garam
3. Biarkan sehingga agak garing/naik minyak.
4. Masukkan perahan lemon, kacau seketika dan masukkan ayam dan digaul sebati
5. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, December 22, 2008

Nasi Lemak

Ni dia hidangan brunch (breakfast cum lunch) semalam...

Tuesday, December 16, 2008

Nasi Ayam

Dah lama tak update aktiviti masak2 di sini...selamat menjamu mata ye...dipadankan dengan ayam goreng berempah (resipi rujuk label masakan ayam)