Thursday, March 25, 2010

Apa nak makan? (2)

MAAFFF..... apa yang dirancang ternyata tidak menjadi .. pada hari tersebut singgah makan diluar. semalam baru berkesempatan untuk masak.. daging dimasukkan dalam oven..lepas tu mandi dan makan...oppppsss. pagi baru teringat, lupa nak snap gambar.hahaha..tersangat lapar la tu..

Wednesday, March 24, 2010

Apa nak makan?

Beberapa bulan kebelakangan ini, agak berkurangan masa untuk mengganas di dapur...minggu ni entah apa demamnya..shopping sayur dan buah-buahan sampai melimpah2 dari peti sejuk ...dari oren, epel, tembikai susu, tembikai, nangka..iskh byknya...malam ni rancangnya akan grill daging kambing yg telah diperap dan dibekukan entah beberapa minggu yg lepas...dan menu lain adalah nasik goreng..tgk la jadi ke rancangan ni..hehehehe...kalau jadi InsyaAllah akan postkan gambar esok...tungguuuuuuuuuuuuuu...

Monday, October 19, 2009

Menu 191009: Asam Pedas Ikan Pari dan Ayam Goreng Tepung

19-10-09: Makan malam berlaukkan Asam Pedas semalam, ditambah dengan ayam goreng tepung dan sayur bendi rebus (tiada dalam gambar)


Ayam Goreng Tepung (Tepung RADIX)


Asam Pedas Semalam (baru sempat snap gambar)

Sunday, October 18, 2009

Menu 181009: Asam Pedas Ikan Pari

18-10-09: Masak Asam Pedas Ikan Pari dan Sayur Pak Choy buat hidangan makan malam bersama famili adik ipar yang datang bertandang... maaf le ye..gambar tak sempat nak snap..heheheehe

Menu 171009: Ikan Pari dan Sayur Kangkung

17-10-09: Hidangan yang sempoi bagi hari-hari yg malas (selalu mmg malas pun..hahahahahha)..ikan pari dipanggang dlm pan aje (kes malas le ni..)..layannn le hidangan yang tak seberapa ni..


Ikan Pari dan Air Asam



Sayur kangkung

Thursday, October 15, 2009

Menu 151009: Ikan Pekasam, Sup Bebola Daging

15-10-09: Makan malam udang raja kari semalam, ditambah dengan sup bebola daging dan ikan pekasam..selamat menjamu mata..


Thursday, September 10, 2009

Roti Jala 10-09-09

Seronok tgk abg makan..hehhee..layannnnnnnnnnn



berjaya menjala..hehehe


dalam kuali lagi ni....

Sunday, August 16, 2009

Nasi Ayam 14-08-09

Dah lama menyepi dari mengupdate blog ni..ini hidangan makan malam 14-08-09, kali ini saya masukkan terus kicap kedalam sos cili tu..kira 2 in 1..hehehe




Monday, May 18, 2009

Bubur Nasi



Sejak kebelakangan ini, asyik memasak bubur nasik sahaja. Setiap hari memasak dan makan, dah kebuntuan nak makan apa.. jadi mulala operasi memasak bubur nasik. Cik Abg tetiba pula meminati bubur tersebut..tu yang sudah berkali-kali masak bubur nasik..senang. ditambah pula dengan ayam goreng..wow...tambah bermangkuk-mangkuk..


Antara bahan-bahan untuk bubur nasik tersebut:

1 pot Beras
Sedikit hirisan daging
3-4 ekor Udang
1 biji Bawang Besar
1/2 inci Halia
1 batang Serai
2-3 biji Cili Api
1 biji ubi kentang
1 sudu besar minyak bijan
Garam
Air

Wednesday, May 13, 2009

Kelas Coklat

Hari Rabu 13 Mei 2009.. Cik Abg telah menghadiri kelas membuat coklat dengan Dr Rahimah . Inilah hasilnya..Selamat menjamu mata.. tempahan masih belum dibuka..tunggu makluman seterusnya..