Wednesday, December 7, 2011

Menu 071211 : Chicken Chop

First time debone chicken, ok le walaupun agak terkial-kial, almaklum la kan kali pertama buat. kena praktis lagi. sos tu guna yg ready made je. next time akan try buat sendiri.



Gambar di snap oleh cik abg so tak de close up.

Saturday, November 12, 2011

Menu 111111 : Ikan Rebus Berempah

Ni menu makan malam 11.11.11



Ikan Rebus Berempah
Sumber: Hafizah

Bahan-Bahan

2 ekor ikan (saya guna ikan senangin)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji tomato (dihiris)
beberapa biji cili api
halia muda (dihiris)
perahan lemon
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Memasak:

1. Tumiskan bawang putih
2. Masukkan serbuk ketumbar beserta sedikit air, tumis hingga garing.
3. Masukkan serai
4. Masukkan air (sebanyak yang dikehendaki) dan biarkan mendidih
5. Masukkan ikan, bawang, halia, cili dan tomato
6. Perahkan lemon dan perasakan dengan garam
7. Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, November 6, 2011

Coq Udang

Ni Coq Udang yang dibuat lama dulu baru ni dapat post ke blog..resepi diambil dari blog Che Mat Gebu di sini ..Terimakasih Cik Mat atas perkongsian resepi yg cun ni..tapi saya tak le rajin nak goreng yg macam cik Mat buat..terima la se adanya..


Kek Lapis

Telah agak lama saya tidak mem'baking'..iyala sedari saya pindah ke Puncak Alam pada 9 Oktober 2010, teramat sibuk ngan tugasan pejabat. Alahai kesiannya oven saya. Tahun ni oven saya kembali mem'baking'. Itupun bersebab.. kisahnya rakan saya akan kembali ke Sarawak untuk bekerja di sana, jadi saya mengagahkan diri untuk membuat sendiri kek lapis sarawak... Alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba dan gagal..akhirnya hasilnya tidak mengecewakan..tambah bersemangat lagi apabila cik abg memuji sedap..



Kek Lapis Fantasia - percubaan kedua

KEK LAPIS FANTASIA
Sumber: Surayah (terimakasih atas tunjuk ajar)

Bahan-Bahan
12 biji kuning telur
5 biji putih telur
300 gm gula halus (saya guna 250gm sahaja)
150gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
250 gm mentega
8 sudu besar susu pekat (saya guna 100gm sahaja)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna kuning, hijau, coklat rice dan buahan campuran

Cara membuatnya:(cara yang dibuat saya hehehe...cara sebenar akan saya taip kemudian)

Masukkan kesemua bahan dalam mixer, putar hingga kembang . Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan satu bahagian diletakkan pewarna kuning (agakkan untuk 3 lapisan sahaja) dan dicampurkan dengan buahan-buahan campuran. 1 bahagian lagi pewarna hijau dan diletakkan coklat rice. Seteruskan dibakar selapis2 mengikut kreativiti masing-masing. Lapisan pertama api atas bawah, lapisan berikutkan api atas sahaja.






Step By Step - Kek Lapis India
(Gambar diedit oleh Hasfazilah Ahmat)


Percubaan Kedua (lapisan akhir terlebih garing la pulakk..hahahha)

Kek Lapis India
Sumber : Blog Rozzan

Bahan-Bahan
16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi)
300 gm gula (saya guna 150gm sahaja)
100 gm tepung biskut marie

1 peket santan serbuk (5ogm) -optional
397 gm susu manis (saya guna 1/4 tin sahaja)
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Nota:
1) Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
2) Susu dan gula boleh dikurangkan jika anda tidak gemar terlalu manis.
3) Gunakan acuan saiz 9" x 9" jika anda tidak suka kek yg terlalu tinggi. (saya guna acuan 8" x 8")
4) Saya selalu kisar gula pasir biasa untuk buat kek, jarang guna gula kat bakery shop.

Monday, October 10, 2011

Cambodia Trip 6 - 8 October 2011

Trip kerja kali ni kurang sikit padat jadi dapat le berjalan-jalan pada waktu siang.
Sempat singgah di Central Market untuk shopping sebelum Solat Jumaat.. Selepas solat jumaat, makan time..hehe tak sah kalau tak singgah di Cafe Malaya..nasik campur yang yummy.. Antara menunya, rendang, sambal tumis, sambal belacan, sayur campur, kari ayam, ikan goreng. selepas makan dihidangkan dengan bubur pulut hitam..menyelerakan.



Ada sesiapa nak order...




Pilih jangan tak pilih..jangan pilih awek tu udah le..

Wednesday, October 5, 2011

Lesung Batu

Nampaknya post 'gadjet' baru.. ni ha dia new collection hahaha. sebelum ni bukan tak ada lesung batu tapi saiznya kecil benor..hahaha.. so alang-alang beli yang besar biar yg besar betul kan. lihatlah perbezaan saiz serta ketinggian lesung ni. Hingga ke saat ini belum digunakan lagi lesung ni.

Happy viewing...



Thursday, April 14, 2011

Apa khabar...

Dah agak lama blog ni menyepi..nampaknya kena luangkan masa tuk update..kalau tak kang bersawang plak..hehehe...

Ni citer majlis makan malam PED bersama ahli keluarga pada 19 March 2011 di Pullman Resort Putrajaya..meriahhhhhhh...

Pemandangan disekitar Pullman ni mmg menarik dan indah dengan kawasannya yang luas...letih berjalan untuk ke restoran yang ditempah..Menu makanan BBQ..tapi tak sempat nak snap gambar makanan...asyik bersembang sambil makan disertai ngan games2 yang menarik.