Tuesday, December 30, 2008

Masak Lemak Ikan Tongkol Dengan Labu

Ini dia hidangan makan malam 30/12/08..idea dari Anis kawan lama...


Masak lemak dipadankan dengan sambai belacan dan ulam tenggek burung


Close up

Masak Lemak Ikan Tongkol Dengan Labu

Bahan-Bahannya:

1 Ekor Ikan Tongkol (atau sebarang ikan)
3 labu bawang besar (saya guna yg bersaiz kecil)
7 biji cili api (terpulang kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 btg serai dititik
1/4 biji labu
Santan (saya gunakan 1 1/2 pek santan RM1)
2 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
Garam

Cara Memasaknya:

1. Blend bawang besar, cili api, serbuk kunyit dan garam.
2. Tuangkan bahan-bahan yang telah diblend ke dlm periuk, masukkan labu yang telah di potong, serai, asam gelugur dan 1/3 ( 1/2 pek) dari santan dan didihkan hingga labu sedikit empuk.
3. Masukkan ikan dan kacau seketika.
4. Masukkan baki santan dan kacau. Pastikan labu empuk sebelum memasukkan baki santan.
5. Sedia untuk dihidangkan

Ayam Bercili

Selamat menjamu mata dahulu..



Ayam Bercili

Bahan-Bahan:

Beberapa ketul ayam
5-6 biji cili merah (boleh ditambah cili api jika hendak pedas)
1-2 sm cili kisar (cili kering)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Garam
Perahan lemon

Cara Memasak:
1. Kisar cili merah, bawang besar, bawang putih (dikisar kasar)
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, masukkan cili kering kisar dan garam
3. Biarkan sehingga agak garing/naik minyak.
4. Masukkan perahan lemon, kacau seketika dan masukkan ayam dan digaul sebati
5. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, December 22, 2008

Nasi Lemak

Ni dia hidangan brunch (breakfast cum lunch) semalam...

Tuesday, December 16, 2008

Nasi Ayam

Dah lama tak update aktiviti masak2 di sini...selamat menjamu mata ye...dipadankan dengan ayam goreng berempah (resipi rujuk label masakan ayam)

Wednesday, November 26, 2008

Meehoon Goreng

Balik kerja semalam..terasa nak makan meehoon goreng..jadi inilah hasilnya...

Tuesday, November 18, 2008

Kenduri

Beberapa hari yang lepas..memang dapur tak berasap..Makan di rumah 2pupu (abg halil n kak solehah)sempena majlis perkahwinan anak lelaki mereka..hari jumaat ke rumahnya hantarkan kek jadi makan malam kat situ.Hari sabtu..kenduri doa selamat dan tahlil..menu kari ikan tenggiri..ulam2 serta ayam goreng..makan bertambah lagi..Hari Ahad..Kenduri.. Isnin..Pengantin plak belanja makan kat Keramat...Wahhhhhhhhh....4 hari berturut-turut makan kat luar....

Wednesday, November 12, 2008

Nasi Beriani

Ini dia hidangan semalam...selamat menjamu mata ye..nasi beriani, daging beriani dan jelatah


Thursday, October 30, 2008

Ayam Oh Ayam

Inilah dia ayam goreng berempah untuk hidangan makan malam..dipadankan dengan sayur kacang buncis serta daging masak kicap..



Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan Perapan

7 Ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
2 Batang Serai
Sedikit Serbuk Jintan Manis
Sedikit Garam
Sedikit Serbuk Kunyit

Cara-Caranya:

Blend kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan ayam. Rebuskan ayam dan bahan-bahan tersebut. Kemudian goreng sehingga garing.

Monday, October 27, 2008

Rendang Ikan Tongkol

Hidangan rendang boleh dipelbagaikan..sebagai contohnya rendang ikan tongkol ni..

Wednesday, October 22, 2008

Sambal Petai Dan Udang

Menu semalam. Masakan kegemaran bapak (almarhum) dan kegemaran ku juga..Layaaaaaaaaaaaannn (special untuk faridah...hehehehe)