Monday, October 19, 2009

Menu 191009: Asam Pedas Ikan Pari dan Ayam Goreng Tepung

19-10-09: Makan malam berlaukkan Asam Pedas semalam, ditambah dengan ayam goreng tepung dan sayur bendi rebus (tiada dalam gambar)


Ayam Goreng Tepung (Tepung RADIX)


Asam Pedas Semalam (baru sempat snap gambar)

Sunday, October 18, 2009

Menu 181009: Asam Pedas Ikan Pari

18-10-09: Masak Asam Pedas Ikan Pari dan Sayur Pak Choy buat hidangan makan malam bersama famili adik ipar yang datang bertandang... maaf le ye..gambar tak sempat nak snap..heheheehe

Menu 171009: Ikan Pari dan Sayur Kangkung

17-10-09: Hidangan yang sempoi bagi hari-hari yg malas (selalu mmg malas pun..hahahahahha)..ikan pari dipanggang dlm pan aje (kes malas le ni..)..layannn le hidangan yang tak seberapa ni..


Ikan Pari dan Air Asam



Sayur kangkung

Thursday, October 15, 2009

Menu 151009: Ikan Pekasam, Sup Bebola Daging

15-10-09: Makan malam udang raja kari semalam, ditambah dengan sup bebola daging dan ikan pekasam..selamat menjamu mata..


Thursday, September 10, 2009

Roti Jala 10-09-09

Seronok tgk abg makan..hehhee..layannnnnnnnnnn



berjaya menjala..hehehe


dalam kuali lagi ni....

Sunday, August 16, 2009

Nasi Ayam 14-08-09

Dah lama menyepi dari mengupdate blog ni..ini hidangan makan malam 14-08-09, kali ini saya masukkan terus kicap kedalam sos cili tu..kira 2 in 1..hehehe




Monday, May 18, 2009

Bubur Nasi



Sejak kebelakangan ini, asyik memasak bubur nasik sahaja. Setiap hari memasak dan makan, dah kebuntuan nak makan apa.. jadi mulala operasi memasak bubur nasik. Cik Abg tetiba pula meminati bubur tersebut..tu yang sudah berkali-kali masak bubur nasik..senang. ditambah pula dengan ayam goreng..wow...tambah bermangkuk-mangkuk..


Antara bahan-bahan untuk bubur nasik tersebut:

1 pot Beras
Sedikit hirisan daging
3-4 ekor Udang
1 biji Bawang Besar
1/2 inci Halia
1 batang Serai
2-3 biji Cili Api
1 biji ubi kentang
1 sudu besar minyak bijan
Garam
Air

Wednesday, May 13, 2009

Kelas Coklat

Hari Rabu 13 Mei 2009.. Cik Abg telah menghadiri kelas membuat coklat dengan Dr Rahimah . Inilah hasilnya..Selamat menjamu mata.. tempahan masih belum dibuka..tunggu makluman seterusnya..




Tuesday, March 24, 2009

Kenangan Gulai(Kari) Ikan Kembung

Dah agak lama saya tidak masak gulai ikan kembung..asyik asyik ikan tenggiri ikan tenggiri semalam saya masak gulai ikan kembung, terkenang semasa pertama kali bapak(arwah) memuji gulai yang saya masak. kata bapak gulai ikan kembung saya setanding dengan gulai mak ..kembang kuncup waktu tu...ni yang buat semangat nak masak berkobar-kobar ni...hahahahahaaha..terimakasih mak..

Mungkin saya agak lewat untuk belajar bab masak memasak..seingat saya..saya belajar memasak selepas tamat SPM..itupun setakat memasak gulai dan sambal tumis. kuih muih memang tak penah buat kecuali karipap. saya amat meminati karipap justeru itu saya harus pandai membuatnya [perasan ni... setakat nak makan tu boleh laaaaaaaaaaa]

Wednesday, January 14, 2009

Grilled Rosemary Salmon

Semalam rasa malasla pulak nak masak..jadi masak yang betul2 simple je...layannnnnnnnnnn..




Grilled Rosemary Salmon

Bahan-Bahan

1 blok ikan salmon (seperti gambar)
3-4 ulas bawang putih (boleh dikurangkan kalau tidak mengemari bawang putih)
Rosemary (yang kering)
Perahan Lemon
Garam
Lada hitam
Butter

Cara Membuatnya
1. Tumbuk lumat bawang putih (saya guna garlic press)
2. Tumbuk lumat rosemary
3. Campurkan bawang putih, rosemary, garam, lada hitam dan perahan lemon
4. Lumurkan ikan salmon dengan bahan2 di atas.
5. Cairkan butter dlm pan (guna api perlahan), masukkan ikan
6. Alih2kan untuk pastikan masaknya sekata.

Monday, January 12, 2009

Sup Ekor Chef Wan

Selamat menjamu mata..




SUP EKOR LEMBU CHEF WAN
Sumber: Buku Sedapnyaaa.... Hidangan Kegemaran Chef Wan

Bahan-Bahan
125ml/1/2 cawan minyak sayuran
500gm ekor lembu, dibersihkan dan dipotong2
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih serbuk
1 sudu besar jintan manis serbuk
1 ½ sudu besar tomato puri
1.5 liter/6 cawan air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
Daun ketumbar, dihiris-hiris
Bawang goreng

Rempah Tumis
4 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus-Halus
10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1 cm halia, dikupas

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan tuskan.
2. Di dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goring hingga naik baunya.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis serbuk dan kacau atas api kecik selama 3-2 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah arid an renihkan.
5. Tambahkan lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goring sejurus sebelum menghidang.

Catatan: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dengan menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1 liter/4 cawan sahaja.

Thursday, January 1, 2009

Agar-Agar Gulung

Berbekalkan sedikit kerajinan yang ada..sambil2 santai di tahun baru. sempat juga mencuba resepi ni.. Alhamdulillah berjaya mengulungnya setelah cubaan kali pertama gagal..hanya buat 1/4 bahagian dari adunan asal..


Agar-Agar Baru Digulung


Agar-Agar telah dipotong -Closeup


Agar-Agar telah dipotong

AGAR AGAR GULONG
Sumber: Chef Tania (RNet)

40 GM AGAR AGAR POWDER
2 KG ROCK SUGAR
1 KG SUGAR
4000ML WATER

MIX ALL ABOVE AND COOKED ABOUT 1 HR OVER MEDIUM FIRE

SOME FLAVOUR AND COLOUR FOLLOW THE THEME EG.. STRAWBERRY RED, ORGE FLAVOUR ORANGE COLOR, GREEN COLOUR KIWI OR GREEN APPLE FLAVOUR AND OTHERS, YOU CAN USENTHE KONYAKU COLOUR AND FLAVOUR.

4 SET 10 X 10 X1 TRAY

MEASURING JUG, FOR MEASURING THE COOKED JELLY, ABOUT 280ML FOR 1 TRAY.

FOR THE FLAVOUR EVERY 1120 ML ADD ABOUT 2 TS AND ADD ENOUGH COLOR NOT TO STRONG.

SOME ALLUMINIUM TRAY AND A RECTANGLE SIEVER BASKET FOR DRYING PROCESS

Sambal Tumis Ikan Kembung

Ini hidangan makan malam 1-1-09..



Sambal Tumis Ikan Kembung

Bahan-Bahan
3 ekor ikan kembung
3 biji bawang besar
10 sm cili kisar
1/2 sk asam jawa adabi (paste)
Minyak untuk menumis
Garam
Bawang Besar (dipotong bulat)

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yg telah dipotong dadu
2. Setelah bawang layu, masukkan cili kisar dan garam, kacau dan biarkan sehingga garing atau naik minyak.
3. Masuk asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan biarkan seketika.
5. Masukkan bawang dan kacau.Biarkan seketika sehingga bawang sedikit layu.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Kek Comel Pisang Dan Pistashio

Kek ini dibuat semasa mak, adik n family berada dirumah Isnin lepas...mmg moist n yummy ..resepi akan diberi kemudian