Wednesday, January 14, 2009

Grilled Rosemary Salmon

Semalam rasa malasla pulak nak masak..jadi masak yang betul2 simple je...layannnnnnnnnnn..




Grilled Rosemary Salmon

Bahan-Bahan

1 blok ikan salmon (seperti gambar)
3-4 ulas bawang putih (boleh dikurangkan kalau tidak mengemari bawang putih)
Rosemary (yang kering)
Perahan Lemon
Garam
Lada hitam
Butter

Cara Membuatnya
1. Tumbuk lumat bawang putih (saya guna garlic press)
2. Tumbuk lumat rosemary
3. Campurkan bawang putih, rosemary, garam, lada hitam dan perahan lemon
4. Lumurkan ikan salmon dengan bahan2 di atas.
5. Cairkan butter dlm pan (guna api perlahan), masukkan ikan
6. Alih2kan untuk pastikan masaknya sekata.

Monday, January 12, 2009

Sup Ekor Chef Wan

Selamat menjamu mata..




SUP EKOR LEMBU CHEF WAN
Sumber: Buku Sedapnyaaa.... Hidangan Kegemaran Chef Wan

Bahan-Bahan
125ml/1/2 cawan minyak sayuran
500gm ekor lembu, dibersihkan dan dipotong2
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih serbuk
1 sudu besar jintan manis serbuk
1 ½ sudu besar tomato puri
1.5 liter/6 cawan air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
Daun ketumbar, dihiris-hiris
Bawang goreng

Rempah Tumis
4 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus-Halus
10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1 cm halia, dikupas

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan tuskan.
2. Di dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goring hingga naik baunya.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis serbuk dan kacau atas api kecik selama 3-2 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah arid an renihkan.
5. Tambahkan lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goring sejurus sebelum menghidang.

Catatan: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dengan menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1 liter/4 cawan sahaja.

Thursday, January 1, 2009

Agar-Agar Gulung

Berbekalkan sedikit kerajinan yang ada..sambil2 santai di tahun baru. sempat juga mencuba resepi ni.. Alhamdulillah berjaya mengulungnya setelah cubaan kali pertama gagal..hanya buat 1/4 bahagian dari adunan asal..


Agar-Agar Baru Digulung


Agar-Agar telah dipotong -Closeup


Agar-Agar telah dipotong

AGAR AGAR GULONG
Sumber: Chef Tania (RNet)

40 GM AGAR AGAR POWDER
2 KG ROCK SUGAR
1 KG SUGAR
4000ML WATER

MIX ALL ABOVE AND COOKED ABOUT 1 HR OVER MEDIUM FIRE

SOME FLAVOUR AND COLOUR FOLLOW THE THEME EG.. STRAWBERRY RED, ORGE FLAVOUR ORANGE COLOR, GREEN COLOUR KIWI OR GREEN APPLE FLAVOUR AND OTHERS, YOU CAN USENTHE KONYAKU COLOUR AND FLAVOUR.

4 SET 10 X 10 X1 TRAY

MEASURING JUG, FOR MEASURING THE COOKED JELLY, ABOUT 280ML FOR 1 TRAY.

FOR THE FLAVOUR EVERY 1120 ML ADD ABOUT 2 TS AND ADD ENOUGH COLOR NOT TO STRONG.

SOME ALLUMINIUM TRAY AND A RECTANGLE SIEVER BASKET FOR DRYING PROCESS

Sambal Tumis Ikan Kembung

Ini hidangan makan malam 1-1-09..



Sambal Tumis Ikan Kembung

Bahan-Bahan
3 ekor ikan kembung
3 biji bawang besar
10 sm cili kisar
1/2 sk asam jawa adabi (paste)
Minyak untuk menumis
Garam
Bawang Besar (dipotong bulat)

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yg telah dipotong dadu
2. Setelah bawang layu, masukkan cili kisar dan garam, kacau dan biarkan sehingga garing atau naik minyak.
3. Masuk asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan biarkan seketika.
5. Masukkan bawang dan kacau.Biarkan seketika sehingga bawang sedikit layu.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Kek Comel Pisang Dan Pistashio

Kek ini dibuat semasa mak, adik n family berada dirumah Isnin lepas...mmg moist n yummy ..resepi akan diberi kemudian